hah!
baru balik dari SKMI siri 9 kat intim...syok gile...
2 helai baju putih yang aku bawak, dah tak de kaler putih. aku rasa, kain lap lantai pon lagi lawa dari baju tu. baju yang aku pakai masa senaman petang isnin dan pagi selasa, ok sikit, sebab masa tengah hari selasa tu aku campak dalam mesin basuh.aku tuang 1 plastik sabun breeze, tekan saiz cucian paling besar, dan tinggal.masa aku tengok petang, masih tak berkaler putih lagi, so aku pusing skali lagi.bila pegi ambik malam tu, ada la nampak putihnya.nasib baik baju tu rm11 je.ala, baju sukan yang budak sekolah pakai tu. tapi still kena basuh lagi la.
baju putih yang dipakai masa senaman petang selasa dan pagi rabu, tak payah cite la.sebab masa hari selasa malam, hujan lebat.senaman pagi plak, macam biasa, melibatkan PT10 30 kali,sit up 10 kali, push up 10 kali, 'parachute jump' 10 kali dan 'v push up' 10 kali. bermakna aku berguling beberapa kali di padang tu.dan pada kiraan terakhir setiap sesi kena tahan sampai coach kata jatuh.
masa tu, aku rasa macam bahagia sebab ingat tu je. kalau tu je, memang ringan la. rupa rupanya tambah lagi satu rutin baru.....
rutin mengelap padang namanya....kena crawling style askar lalu bawah jaring duri duri tu, dari tepi padang sampai separuh padang bola.memang sangat best.tak payah la bermimpi nak kekalkan keputihan baju tu. nasib baik la aku tak ganti tudung.pakai je tudung hitam lama tu selama 3 hari. bau pun, bau la.
masa ni ramai jugak yang melecet siku dan lutut. tu sebab salah cara sebenarnya. nasib baik ada sorang fasi dah ajar.heret dengan lengan, bukan dengan siku. push dengan kaki, bukan dengan lutut. yang luka -luka ni sebab diorang nak cepat, so diorang crawl guna lutut dan siku. aku antara 15 orang terakhir yang siap kot.
baju, tudung, stokin dan tracksuit aku rendam dalam baldi pagi tadi. sabun basuh tu, tuang sambil pejam mata. tak tau la macam mana.
nanti aku letak gambar baju tu...memang lawa...
tapi, overall, kumpulan skmi ni best. masa kursus asas dulu, best jugak. tapi modul lain. maybe jugak masa tu masih baru, so agak lost skit. sekarang ni, masing-masing dah tau peranan dan kepentingan kursus ni, so pergi dengan hati yang waja. so semua orang jadi sangat sporting dan bersemangat.memang sangat best.
bukan senang untuk buat satu event yang ada jemputan vip dalam masa kurang 24 jam. nak hias dewan, nak atur flow majlis dan protokol, nak buat persembahan lagi...ditambah pulak semua persiapan dilakukan antara kelas. so masa sebenar untuk persiapan sebenarnya lebih kurang 6 jam. campur lagi rehearsel.tambah lagi dengan kaki dan tangan yang dah cramp masa senaman.tapi sebab semua orang berusaha, aku boleh katakan yang majlis tu sangat berjaya.
untuk kawan kawan yang menyertai SKMI siri 9 di intim pada 29 november hingga 2 disember 2010...u r the best...jumpa lagi masa lead camp nanti.