Friday, December 3, 2010

SKMI....

hah!

baru balik dari SKMI siri 9 kat intim...syok gile...

2 helai baju putih yang aku bawak, dah tak de kaler putih. aku rasa, kain lap lantai pon lagi lawa dari baju tu. baju yang aku pakai masa senaman petang isnin dan pagi selasa, ok sikit, sebab masa tengah hari selasa tu aku campak dalam mesin basuh.aku tuang 1 plastik sabun breeze, tekan saiz cucian paling besar, dan tinggal.masa aku tengok petang, masih tak berkaler putih lagi, so aku pusing skali lagi.bila pegi ambik malam tu, ada la nampak putihnya.nasib baik baju tu rm11 je.ala, baju sukan yang budak sekolah pakai tu. tapi still kena basuh lagi la.

baju putih yang dipakai masa senaman petang selasa dan pagi rabu, tak payah cite la.sebab masa hari selasa malam, hujan lebat.senaman pagi plak, macam biasa, melibatkan PT10 30 kali,sit up 10 kali, push up 10 kali, 'parachute jump' 10 kali dan 'v push up' 10 kali. bermakna aku berguling beberapa kali di padang tu.dan pada kiraan terakhir setiap sesi kena tahan sampai coach kata jatuh.

masa tu, aku rasa macam bahagia sebab ingat tu je. kalau tu je, memang ringan la. rupa rupanya tambah lagi satu rutin baru.....

rutin mengelap padang namanya....kena crawling style askar lalu bawah jaring duri duri tu, dari tepi padang sampai separuh padang bola.memang sangat best.tak payah la bermimpi nak kekalkan keputihan baju tu. nasib baik la aku tak ganti tudung.pakai je tudung hitam lama tu selama 3 hari. bau pun, bau la.

masa ni ramai jugak yang melecet siku dan lutut. tu sebab salah cara sebenarnya. nasib baik ada sorang fasi dah ajar.heret dengan lengan, bukan dengan siku. push dengan kaki, bukan dengan lutut. yang luka -luka ni sebab diorang nak cepat, so diorang crawl guna lutut dan siku. aku antara 15 orang terakhir yang siap kot.

baju, tudung, stokin dan tracksuit aku rendam dalam baldi pagi tadi. sabun basuh tu, tuang sambil pejam mata. tak tau la macam mana.

nanti aku letak gambar baju tu...memang lawa...

tapi, overall, kumpulan skmi ni best. masa kursus asas dulu, best jugak. tapi modul lain. maybe jugak masa tu masih baru, so agak lost skit. sekarang ni, masing-masing dah tau peranan dan kepentingan kursus ni, so pergi dengan hati yang waja. so semua orang jadi sangat sporting dan bersemangat.memang sangat best.

bukan senang untuk buat satu event yang ada jemputan vip dalam masa kurang 24 jam. nak hias dewan, nak atur flow majlis dan protokol, nak buat persembahan lagi...ditambah pulak semua persiapan dilakukan antara kelas. so masa sebenar untuk persiapan sebenarnya lebih kurang 6 jam. campur lagi rehearsel.tambah lagi dengan kaki dan tangan yang dah cramp masa senaman.tapi sebab semua orang berusaha, aku boleh katakan yang majlis tu sangat berjaya.

untuk kawan kawan yang menyertai SKMI siri 9 di intim pada 29 november hingga 2 disember 2010...u r the best...jumpa lagi masa lead camp nanti.

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha...

Esok hari raya..
Esok hari raya...
(menyanyi untuk meriangkan hati sendiri)

actually, ni adalah second time aku tak sambut raya haji dengan family. masa dekat u dulu aku pernah sambut raya kat kedah, kat rumah suzi, bersama dengan suraya.kalau tak silap, masa tu raya macam ni jugak, cuti sehari kat tengah tengah minggu.masa tu, nak kata sedih sangat, tak jugak.maybe sebab my closest friends ada kat tepi.tapi masa malam raya tu, menitik jugak la air mata masa cakap ngan mek.

tapi, ini lah first time aku rasa sesayu ni.. maybe sebab dalam hati, aku sedar yang mek dan ayah bukan kat rumah, dan aku tak boleh call diorang bila-bila masa sesuka hati.sayu beb. walaupun aku ni sebenarnya bukan lah seorang anak yang baik, tapi, parents tetap parents. one and only.walaupun sekarang mereka berada jauh di tanah suci, aku yang jahat ni tetap rasa sedih.

dan aku masih lagi tak leh decide sama ada aku nak balik puchong (umah kak zi) malam ni atau pagi esok.nak balik terus lepas ofis, aku tak bawak pun beg datang ofis.nak balik umah dulu, then baru balik puchong, macam malas je.tambah pulak dengan hati yang sayu ni.tapi kalau dok umah, lagi tragis.walaupun ada lagi 4 orang kat umah tu, aku confirm akan sedih gile.

TT_TT


dari hari ahad lagi, lagu tema aku dah jadi lagu 'It Has To Be You', yang Yesung Suju nyanyi dalam soundtrack drama Cinderella Sisters. walaupun lagu ni adalah lagu untuk orang frust, tapi aku rasa emosi dalam lagu ni macam kena je dengan mood aku.

To all... Selamat Hari Raya Aidiladha

To aciq...thanks for the wish...drive elok elok..kirim salam ke ma dgn abah...

To tun...tak balik ke?bukan kata nak reunion ke?


Yesung - It Has to Be You (OST Cinderella’s Sister)

oneuldo nae gieogeul ttarahemaeda
i gil kkeuteseo seoseongineun na
dasin bol sudo eomneun niga nareul butjaba
naneun tto i gireul mutneunda
neol bogo sipdago
tto ango sipdago
jeo haneulbomyeo gidohaneun nal

niga animyeon andwae
neo eobsin nan andwae
na ireoke haru handareul tto illyeoneul

na apado joha
nae mam dachyeodo joha nan
geurae nan neo hanaman saranghanikka

na du beon dasineun
bonael su eopdago
na neoreul itgo salsun eopdago

niga animyeon andwae
neo eobsin nan andwae
na ireoke haru handareul tto illyeoneul

na apado joha
nae mam dachyeodo joha nan
geurae nan neo hanaman saranghanikka

nae meongdeun gaseumi
neol chajaorago
sorichyeo bureunda
neon eodinneungeoni
naui moksori deulliji annni

naegeneun
na dasi sarado
myeot beoneul taeeonado
harudo niga eobsi sal su eomneun na

naega jikyeojul saram
naega saranghal saram nan
geurae nan neo hanamyeon chungbunhanikka
neo hanaman saranghanikka



TRANSLATION

Today, i wander in my memory
I’m pasing around on the end of this way
You’re still holding me tightly, even though i can’t see you any more
I’m losing my way again
I’m praying to the sky i want see you and hold you more
that i want to see you and hold you more
It can’t be if it’s not you
i can’t be without you
it’s okay if i’m hurt for a day and a year like this
it’s fine even if my heart’s hurts
yes because i’m just in love with you
i cannot send you away one more time
i can’t live without you
it can’t be if it’s not you
i can’t be without you
it’s okay if i’m hurt for a day and a year like this
it’s fine even if my heart’s hurts
yes because i’m just in love with you
my bruised heart
is screaming to me to find you
where are you?
can’t you hear my voice?
to me…
if i live my life again
if i’m born over and over again
i can’t live without you for a day
You’re the one i will keep
you’re the one i will love
i’m…yes because i’m happy enough if i could be with you


(lyrics romanization and translation credited to http://princessoftea.wordpress.com/)

Friday, October 29, 2010

Overslept...

Dalam minggu ni, asyik ter'overslept' je..termasuk pagi tadi, 3 kali aku kena naik teksi untuk ke ofis.

Hari isnin, mungkin aku ada alasan, walaupun alasan tu memang bunyi cam weak excuses. Hari ahad aku baru sampai dari kampung. sampai umah aku tidur sampai petang. so malamnya aku tak dapat nak tangkap kapal mimpi yang selalunya mudah je datang.bangun pagi, tengok jam dah pukul 6.00.aku sedar masa jam bunyi, tapi laju je tangan matikan.turun bawah dah pukul 7 lebih.nasib baik teksi banyak.

Semalam, memang agak penat sikit (alasan lagi).malam sebelumnya aku pergi ke tabung haji kelana jaya untuk jumpa mek dan ayah sebelum diorang bertolak ke mekah.gile ramai punya orang kat sana.aku pun dah lama tak hantar orang naik haji.masa kecik-kecik dulu je selalu ikut gi airport.masa kat situ plak, aku kalut semacam sebab risau. so aku telah memenatkan diri sendiri.so pagi semalam dengan sengajanya aku telah matikan alarm dan sambung tidur sampai pukul 6 lagi.

Tapi hari ni???memang betul-betul takde alasan. mungkin aku boleh salahkan piza 6 cheese yang aku lahapkan malam tadi. mungkin jugak aku boleh salahkan hujan lebat dengan ribut yang menderu-deru yang telah membuatkan aku menarik selimut pada pukul 4 pagi tadi.

yang pastinya, bila alarm bunyi pukul 5.30 pagi tadi, aku matikan dengan mata yang agak cerah tapi malas nak bangun. bila alarm kedua bunyi 5 minit kemudian, aku matikan dengan mata yang agak berat.entah bila tertidur balik ntah. sedar-sedar je sakinah dah kejutkan aku dengan nada suara terkejut, "pukul 6.30 dah!".

kalut-kalut la aku siap. bertambah jebon bila tudung tak gosok lagi.bila turun bawah, dah pukul 7.45. teksi yang selalu dok beratur panjang-panjang pun dah takde. terpaksa la tunggu.rasa macam nak ambik el je, tapi bosan la plak dok umah nanti.sampai ofis memang lambat la.punch card merah hari ni.

sampai bila la agaknya aku nak macam ni....

(jeritan pada diri sendiri : bila nak ambik lesen ni!!!!!!!!!!!!!)

Tuesday, October 19, 2010

There's always a reason...

Percayalah...setiap satu perkara yang berlaku itu bersebab..

Itulah qada' dan qadar yang telah ditentukan Allah S.W.T.

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan....aku tau ayat ni sangat cliche...tapi aku memang 1000% setuju dengan ayat ni..

Aku bukan seorang yang bertuah. Bukan seorang yang selalu dapat apa yang aku nak. Tapi aku tau yang aku ni seorang yang degil dan kepala batu.. Dah ramai orang cakap aku macam tu.

Kalau aku nak sesuatu, selagi aku tak jumpa reasons yang tak menghalalkan aku dapatkan benda tu, aku akan usaha jugak untuk dapatkan.Dan bila aku nak sesuatu, selalunya aku akan nak benda tu pada waktu tu jugak. Tak boleh tak. Kalau tak dapat, aku akan rasa sangat frustrated sampai boleh migrain, sebab aku akan cuba track balik every step yang aku dah buat dan pikir kenapa aku gagal.

Tapi, kadang-kadang, bila dipikirkan balik, aku selalu jumpa reasons yang selama ni aku tak nampak. Dan kadang-kadang, aku bersyukur pulak when something doesn't goes my way coz aku boleh nampak yang disebalik setiap sesuatu yang berlaku, memang sangat besar hikmah yang tersembunyi.

It was always in the angles you're looking at. Mungkin hari ni, apa yang aku harap-harap kan, tak kesampaian. Who know's, it was better to know today, than to keep on hoping sampai satu hari nanti aku dah banyak berhabis, tapi akhirnya kecewa?

Better now than late, better late than never..

Yes, it does sounds like an excuse. It really is an excuse. But, if something already happened, and there is nothing you could do to prevent it, which is better? to give yourself an excuse and just go on with life, or to keep on hoping that somehow things will better without doing nothing?

Tak semua yang terjadi itu adalah unfortunate events. Untuk kerja sekarang ni pun, aku bukannya hanya pergi sekali exam, terus dapat. Aku pergi exam 4 kali tau. First exam, lulus, tapi sangkut kat peringkat assessment, which is the second stage. Memang frust sangat masa tu. Aku ni degil, aku cuba lagi kali kedua. Tak pass exam. Aku tak leh terima. Aku pergi lagi exam kali ketiga. Pun tak lulus. Somehow, aku masih lagi yakin yang this is the right job for me. So aku pergi lagi exam for the fourth time. Alhamdulillah, lulus. Assessment pun lulus. Interview pun lepas. Alhamdulillah.

Bila difikirkan kembali, dikenang kembali, aku bersyukur aku telah diberikan peluang untuk gagal. I know myself. Mungkin jika masa aku baru graduate dulu, aku terus dapat kerja ni, aku tak akan tahan dengan bebanan kerja yang sebegini. Dan mungkin jugak aku akan jadi seorang yang berhidung tinggi memandangkan kerja ni memang top level.

Tapi dalam tempoh kegagalan itu, banyak yang aku belajar. Aku dapat merasa bagaimana bekerja 24/7 dan masih tidak dipandang sebagai seorang yang layak untuk memberikan pendapat. Aku dapat merasa bekerja dibawah bos yang tamak dan tidak dapat menerima kesilapan pekerja. Aku pernah ada bos yang pandangan nya terlalu jauh ke langit sampai kaki nya tak berpijak di bumi.

Aku juga berpeluang berjumpa dengan pelbagai ragam manuasia. Aku berkawan dengan orang dari semua tempat dan pangkat. Aku dah tengok macam mana orang yang gagal dan bangun semula menjadi lebih bagus dari orang yang tak pernah gagal. Aku mendapat peluang untuk memperbaiki semula hubungan dengan sahabat lama. Aku telah terlibat dalam krisis dan telah tahu cara menyelesaikannya.

Sebenarnya, dalam kehidupan ni, cuma satu perlu diingat. Sedarlah, kita ini hanya ciptaan. Hanya hamba-Nya. Dunia hanya sementara.

p.s : teringat cite 'Eat, Pray, Love'...misery can always brings out the best in you, if you want to..

Tuesday, October 12, 2010

Mommy and Daddy

Alhamdulillah...

Akhirnya dah dapat tarikh penerbangan untuk mek dan ayah. Ikut yang pegawai tabung haji bagitau masa aku call, mek dan ayah kena lapor diri pada 27hb Oktober di Kelana Jaya, jam 9.30 malam. Bertolak dari KLIA jam 1.30 pagi, 28 Oktober.

Masa hari sabtu hari tu, kalut je mek tepon aku. Ceritanya, ada orang depan umah aku tu (banyak betol orang sekeliling rumah gi haji tahun ni) pun tak dapat surat untuk tarikh penerbangan jugak. Bila anak dia call tabung haji, rupa-rupanya dia kena fly esok harinya. apa lagi, kalut la. Aku tak pasti cite ni betol atau telah di exaggerate kan. Tapi mek panik coz dia takut jadi macam tu jugak. So, aku just bagi tau mek, "Stop la menjahit baju-baju orang tu. Hantar balik kat tuan dia semua. Cakap je tak siap. Esok pagi-pagi gi klinik, ambik ubat siap-siap. Jap lagi orang tepon tabung haji."

Kejam tak ayat aku? hahaha...tapi memang betol pon. mek dok kalut jahit baju orang, tapi barang-barang semua tak kemas lagi.

Nasib baik terus dapat tarikh. Minggu lepas, aku call tabung haji, takde tarikh lagi.

So, maybe next weekend aku balik kampung. Naik kete api lagi lah. Seronok tau. Hehe..

Nasib baik aku tak gi kursus time tu..

sebut pasal kursus, dah nak kul 2 dah ni...jom ikut aku gi kursus kat genting..ada kursus 4 hari kat sana.

Friday, October 1, 2010

Dreaming....

One fine day in the future...not so far away...

This is to be....

My Car...



Uh-ho...
nak sangat kete ni...

I wanna be a billionaire...
so freakin' bad....

Thursday, September 30, 2010

9 Signs You Are Happier Than You Think

(from http://shine.yahoo.com/event/lifeslittlepleasures/9-signs-youre-happier-than-you-think-2392659/ )

Your emotional well-being isn’t just about your genes or the kind of home you were raised in. It turns out that some pretty interesting factors—backed by science—play a role in how joyful you feel:

You were a smiley student
Adults with the biggest grins in their college yearbook pictures were up to 5 times less likely to be divorced decades later than those who looked less happy, according to a new DePauw University study. A smiler’s positive disposition may attract other happy people or rub off on a spouse.
>>> (Me : Maybe I'm not exactly the smiley type)


You're not glued to the TV
The happiest people spend 30% less time parked in front of the tube, according to a University of Maryland study that analyzed 34 years of data from more than 45,000 Americans. They’re more likely to spend time socializing, reading, or attending religious services—habits that are linked to better moods and health.
>>> (Me : TV? ...hmmm ...if I see it, I'll watch it...if it's not there, nothing is missing for me)



You keep souvenirs on display
People who use mementos or photos to remind themselves of good times better appreciate their lives and are happier, says Sonja Lyubomirsky, PhD, a professor of psychology at University of California, Riverside. Good memories remind you of your “happiness potential” and promise that soon you can reach it again.
>>> (Me : I still have the autograph book that were sign by my friends in form 5...)


You have a sister
People with at least one female sibling report better social support, more optimism, and better coping abilities, according to a study presented at the British Psychological Society’s annual conference. Sisters appear to encourage communication and cohesion in families.
>>> (Me : I have 3...they always manage to bring out worst in me...love them anyway :D )


You keep souvenirs on display
People who use mementos or photos to remind themselves of good times better appreciate their lives and are happier, says Sonja Lyubomirsky, PhD, a professor of psychology at University of California, Riverside. Good memories remind you of your “happiness potential” and promise that soon you can reach it again.
>>> (Me : Still got autograph book from form 5 in my wardrobe)


You make exercise a priority
People who exercise more are less likely to be stressed and more likely to be satisfied with life, according to Danish researchers. Compared with sedentary people, joggers are 70% less likely to have high stress levels and life dissatisfaction, the study found. Couch potatoes who start moderate exercise—the equivalent of 17 to 34 minutes a day—experience the greatest happiness lift.
>>> (Me : Hehehe...guilty...after kursus asas that day, haven't start exercise regime yet)



You have a healthy love life
Physical intimacy is a key contributor to happiness, found a study by Dartmouth economist David Blanchflower, PhD, and Andrew Oswald, PhD, of England's University of Warwick. Married people report 30% more sex than singles, which may be one reason they also report being happier.
>>> (Me : OOOPPSS..OUT OF SCOPE)


You hang out with happy peopleSocializing with a cheerful person in your neighborhood increases the likelihood that you’ll be happy too, according to a new study. How often you get together matters most, say the researchers: People who live within half a mile of a buoyant buddy increase their odds of being happy by 42%. If the friend lives farther away (within a 2-mile radius), the chances drop to 22%—probably due to fewer get-togethers.
>>> (Me : Of course...why should I hang out with gloomy people?)




You stay warm with hot cocoa
Clutching a steaming beverage—coffee and tea also do the trick—can elicit a flood of positive feelings, according to a Yale University study. This may be because people associate physical warmth with emotional warmth, say the researchers. Study subjects held cups of either hot or iced coffee; those gripping warm mugs were more appreciative of friendliness in others and also felt more generous and trusting themselves.
>>> (Me : I don't drink coffee.. I don't like tea... hot cocoa? heaven.... )


You have two best friendsAmong 654 married adults, those who said they had at least two “best friends” (not necessarily including one’s spouse) were likelier to have better mental well-being, says a study. But additional friends didn’t lead to any more happiness than just a pair.

>>> (Me : Have the whole lot of them... always complaining that I don't contact them enough...want some?)

Monday, September 27, 2010

Bookish Me....

Hehehe...

Akhirnya..aku telah berjaya mencukupkan koleksi The Bridgerton Series from Julia Quinn...dah ada kesemua 8 buah...hehehe...hehehehe....

Oleh kerana kejayaan ini, aku telah mengulang baca dari buku satu sampai buku 8...syokkkkkkkk.... (perasaan ini hanya akan difahami oleh hantu-hantu novel seangkatan sahaja)

Aku ingat lepas ni nak start collection mary balogh, the slightly series pulak...aku dah ada satu, tapi dulu aku pernah pinjam dengan orang 2-3 bijik...syok gak...

Mungkin jugak aku akan cukupkan collection buku judith mcnaught yang dah lama tak bertambah...aku dah baca semua buku dia yang ada kat malaysia ni...tapi beli tak semua lagi....

Weekend activities.... Hari sabtu lepas aku lepak ngan ira kat area the curve...2-2 orang kempunan steamboat...hahaha...lepas makan, pi e@curve, try tengok kot-kot ada cite best...tapi sekarang bukan musim movie kot...cite biasa biasa je semua...so kami lepak je kat situ, sambil tengok orang beratur beli tiket...sambil tu buat sesi pemerhatian...hehe

ira : akak, did u see the girl in one piece green dress?


aku : yup, with the all black guy right?


ira : yeah..guess how many years in relation?


aku : hmmm...2-3 year..both working...very comfortable around each other...not that lovey dovey anymore...


ira : i think dia dah engage la...


aku : iye ke? ada ring tak?


ira : can't see... yang baju biru tu plak?


aku : yang mana?

......dan selepas sejam menghabiskan waktu dengan sangat 'berfaedahnya', kami blah.....

Friday, September 24, 2010

Weekend is coming!!!

hehehe...

esok cuti..hahaha

oleh kerana baru dapat gaji, aktiviti seperti selalu yang akan aku lakukan pada hari jumaat lepas dapat gaji adalah >>>>>>>

MENAMBAH BILANGAN NOVEL DALAM RAK BUKU AKU!!!!

HAHAHAHAHA!!!! (gelak dengan nada sangat berpuas hati)

Semalam masa singgah OU untuk balik umah, aku sempat mentapau kingston 8Gb (adik aku, isey hilangkan kingston 4Gb aku masa raya hari tu) dan memory card baru untuk hp (hp aku masuk virus sampai kena format sebelum raya. aku tak sanggup format memory card lama sebab ada byk benda dlm tu. so aku simpan je walaupun bervirus. tapi tak guna la)....

aku agak terkena flu korea sekarang...sebenarnya sejak akhir-akhir tahun lepas, lepas aku terkawan dengan ira, ex-colleague yang pernah jadi exchange student kat korea...byk jugak dia kenalkan dekat aku...last-last aku pun terikut-ikut...sebelum ni aku minat korea setakat tengok drama je...skrang dah jadi pengikut k-pop plak...hancur....

so dekat hp aku sekarang tengah rancak mendownload lagu k-pop....hahaha....

semalam aku sempat tengok harga external hd...western digital 300Gb = RM 199... mahal ke tak ek?...aku rasa patah kaki sikit sejak 'kerbau' kesayangan (external hd lama aku jenama buffalo so aku bagi nama kerbau atau panggilan manja 'kuba') 'meninggal' (rosak) ....dah berusia jugak la kerbau aku tu...guna dari tahun 2007...peja acik yang belikan dulu... (tiba-tiba teringat hutang lama)

perut tengah memulas pasal makan meehoon goreng & dutch lady chocolate (7.30 pagi, sebelum gi putrajaya) + soto kat jalan chan sow lin & milo ais (10.30 pagi, masa otw balik dari putrajaya) + garden salad (lunch) + white dark chocolate cheese cake (lunch) + langsat (budak opis bagi) ...kalau puan laily tau, mesti dia kata aku dinasour lagi...hahahaha...

haiii...apa yang aku dok mengarut ni....

p.s:- tiba-tiba masa tengah tulis ni bos datang buat lawatan mengejut pasal bilik aku masuk pertandingan bilik tercantik 5s dalam jabatan...sekali kena sound daa..."macam mana nak menang ni...kertas bersepah atas meja"...hehehehehe...

Thursday, September 23, 2010

Dunia Sekarang...

Kadang-kadang, aku takut nak tau perkembangan semasa dunia sekarang... Malas rasanya nak baca paper atau dengar berita kat tv... Baca email pun kadang-kadang rasa macam tak nak....

tapi tak boleh la kan...

persoalan yang selalu aku tanya pada diri sendiri...kenapa penghuni muka bumi Allah ni teruk sangat? Bukan kah kita ini khalifah di muka bumi ini? bukankah kita ciptaan-Nya yang terbaik? Kenapa perlu ada perbuatan yang sudah ternyata salah dan menghancurkan, tapi masih dilakukan? Dimanakah letaknya akal fikiran kurniaan Ilahi? Apakah logik otak sudah tidak berfungsi?

Sedih rasanya melihat mereka yang tidak mahu menggunakan kelebihan akal fikiran yang telah diberikan, lalu merendahkan tahap diri sendiri sehingga ke tahap haiwan. Malah ada yang lebih teruk. Haiwan pun kadang-kadang tau aturan hidup mereka. Kita manusia yang berakal ni, kenapa begitu???

Aku tak pernah fikir yang aku ini lebih baik dari orang lain. Aku juga manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan. Banyak dosa yang masih belum tertebus. Namun aku masih boleh berkata, aku hidup dengan menggunakan akal fikiran yang dianugerah Allah.

Sedih rasanya bila anugerah tuhan yang memberikan kita peluang untuk merasa kehidupan di atas muka bumi sebagai manusia dipersiakan.

Malah kadang-kadang aku risau melihat generasi seterusnya yang sedang membesar dan mencai hala tuju mereka. Bagaimana nasib mereka kelak? Adakah mereka akan menjadi insan? Atau terjerumus kedalam golongan yang hancur dan menghancurkan?

It gives me shudders to think what could be....

Aku berdoa supaya aku dapat melindungi dan mendidik, sekurang-kurangnya mereka yang berada disekeliling aku, supaya dapat menjadi insan yang sedar dan menghargai akan anugerah hidup itu sendiri.

Amin...

Kasut...

Pagi tadi, macam biasa, masa tunggu bus kat uptown (aku kena tukar bas untuk ke PBD dari KD) ...aku dok berbual dengan sorang makcik yang selalu naik bas sama dengan aku ni...makcik tu memang peramah gila, kalau tunggu bas sama dengan dia, mesti berbual tak henti (mostly 1 sided conversation from her, aku jadi tukang angguk)..

hari ni, dia tegur kasut aku...lawa kata nya..simple..memang kasut aku simple giler..kaler hitam, takde bunga bunga atau renda renda, made from rubber or pvc (aku agak la, sebab bleh dibengkokkan cam kasut nike yang baru tu), agak flat sebab heel macam setengah inci jer (tapi kasut aku ni tak cukup syarat sebenarnya, kena tambah lagi seinci baru ikut peraturan)...

masa naik bas, memandangkan orang penuh, aku pun pandang bawah je la..tak nak bertentang mata dengan sape-sape...otomatik aku pandang kasut...dan tiba-tiba ada deja-vu feelings...

masa sekolah menengah... dari form 1 sampai form 5, pakai kasut hitam dari pagi (sekolah) sampai malam (prep)...

masa matrik...pakai kasut hitam pi kelas...pi makan aku pakai slip on shoes kaler blue black...

masa u...aku pakai sneakers atau kasut tutup penuh (at least berkaler)...

start keje sampai sekarang...aku hanya beli kasut hitam je... a few months ago ada beli kasut coklat gelap untuk pakai gi jalan2, tapi dah 'buaya ternganga' last week, so aku ganti dengan sandal bata comfit...

aku memang suka pakai kasut sebab aku tak suka kaki 'berbelang' (dah la kaki tak lawa) ...ada gak selipar, tapi jarang pakai...kalau sandal aku suka gak...aku tak pentingkan lawa tau tak, sebab kaki aku takde mata...yang penting selesa...lagi pun kasut hitam senang...masuk je kaler baju pape...

aku ni boring kan?

V(^_^)V

Tuesday, September 21, 2010

Oh No!!

Sebelum cuti raya hari tu...terkejar-kejar nak siapkan paperwork untuk adakan taklimat untuk 36 agencies yang berkaitan dekat putrajaya pada 30hb ni...sampai sanggup berebut tarikh untuk dapatkan appointment dengan 'orang-amat-penting' yang selalu takde tarikh kosong...

alhamdulillah...selesai...untuk waktu itu....

tiba-tiba, semalam dapat 'mandat'...kena pergi kuantan dari 26hb-29hb ni...huhuhu...plak dah...

buat nya kalau jadi pa pe masa aku takde kat ofis, sape nak menjawab??dah la susah nak buat event tu...bukannya macam panggil orang sebelah rumah masa nak buat open house...

hari ni dah ada satu contoh...tarikh 30hb tu kena berebut balik sebab ada orang salah tanda dalam jadual...aku dah ter'imagine' apa yang akan jadi kalau kena pinda tarikh...macam mana nak contact balik semua wakil dari satu semenanjung ni?

nasib baik dapat maintain tarikh...alhamdulillah... mau pening jadinya kalau minggu depan jadi benda macam ni...

nasib lah....sape yang dok gatal-gatal nak keje ni? sape? sape?

sila tunding jari kepada diri sendiri....

emmm...bos, bleh tak kalau saya tak pergi 26hb ni?hehehehehe......

Monday, September 20, 2010

Subhanallah....

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN....


Semasa duduk antara dua sujud.


Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..

tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini....

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat....

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah....


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil..

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan


Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku) ..


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup


Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)




Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita


Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu....


mood lepas raya...

today is my first working day after raya...aku cuti start 7hb sept lagi..hehehe...

rasa cam fresh je...ye la, baru lepas cuti balik kampung. otak kosong, takde stress...keje pun tak banyak, alhamdulillah...banyak yang disetelkan sebelum cuti....

cuma satu hal yang buat aku rasa memulas sikit...aku tertinggal kunci rumah+kunci ofis kat kampung!
huhuhu...

nak dijadikan cerita, pagi jumaat lepas, sebelum tolak, mek dah sebut-sebut pasal kunci...aku angguk-angguk je...tup-tup, dah sampai raub baru teringat balik...dah takde makna nye lah...sampai umah kat KD, aku letak je beg dengan kotak (bawak buahan dari kampung untuk kawan-kawan) depan pintu, pastu pi lepak kat umah ira dengan kak ihan, sementara tunggu budak-budak umah balik dari ofis...huhu...thanks kak ihan...

kunci umah tu, aku tak kesah sangat sebenarnya. bleh je buat duplicate...tapi kunci ofis tu penting woo... kunci laci tu...kang nak tinggal pa pe susah... semalam mintak isey, my bro, post kan kunci tu...insyaAllah hari ni sampai....

huhu..
bila tua menjelma, nyanyuk mula mengiringi...

first post

bismillah

aku dah lama tak tulis blog...masa zaman student dulu rajin gak...bila dah start keje...jarang sikit...sekarang takde terus...

dah lama rasa macam nak start balik, cuma takde kesempatan...

well...blog ni, insyaAllah...jalan lah nanti...