Percayalah...setiap satu perkara yang berlaku itu bersebab..
Itulah qada' dan qadar yang telah ditentukan Allah S.W.T.
Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan....aku tau ayat ni sangat cliche...tapi aku memang 1000% setuju dengan ayat ni..
Aku bukan seorang yang bertuah. Bukan seorang yang selalu dapat apa yang aku nak. Tapi aku tau yang aku ni seorang yang degil dan kepala batu.. Dah ramai orang cakap aku macam tu.
Kalau aku nak sesuatu, selagi aku tak jumpa reasons yang tak menghalalkan aku dapatkan benda tu, aku akan usaha jugak untuk dapatkan.Dan bila aku nak sesuatu, selalunya aku akan nak benda tu pada waktu tu jugak. Tak boleh tak. Kalau tak dapat, aku akan rasa sangat frustrated sampai boleh migrain, sebab aku akan cuba track balik every step yang aku dah buat dan pikir kenapa aku gagal.
Tapi, kadang-kadang, bila dipikirkan balik, aku selalu jumpa reasons yang selama ni aku tak nampak. Dan kadang-kadang, aku bersyukur pulak when something doesn't goes my way coz aku boleh nampak yang disebalik setiap sesuatu yang berlaku, memang sangat besar hikmah yang tersembunyi.
It was always in the angles you're looking at. Mungkin hari ni, apa yang aku harap-harap kan, tak kesampaian. Who know's, it was better to know today, than to keep on hoping sampai satu hari nanti aku dah banyak berhabis, tapi akhirnya kecewa?
Better now than late, better late than never..
Yes, it does sounds like an excuse. It really is an excuse. But, if something already happened, and there is nothing you could do to prevent it, which is better? to give yourself an excuse and just go on with life, or to keep on hoping that somehow things will better without doing nothing?
Tak semua yang terjadi itu adalah unfortunate events. Untuk kerja sekarang ni pun, aku bukannya hanya pergi sekali exam, terus dapat. Aku pergi exam 4 kali tau. First exam, lulus, tapi sangkut kat peringkat assessment, which is the second stage. Memang frust sangat masa tu. Aku ni degil, aku cuba lagi kali kedua. Tak pass exam. Aku tak leh terima. Aku pergi lagi exam kali ketiga. Pun tak lulus. Somehow, aku masih lagi yakin yang this is the right job for me. So aku pergi lagi exam for the fourth time. Alhamdulillah, lulus. Assessment pun lulus. Interview pun lepas. Alhamdulillah.
Bila difikirkan kembali, dikenang kembali, aku bersyukur aku telah diberikan peluang untuk gagal. I know myself. Mungkin jika masa aku baru graduate dulu, aku terus dapat kerja ni, aku tak akan tahan dengan bebanan kerja yang sebegini. Dan mungkin jugak aku akan jadi seorang yang berhidung tinggi memandangkan kerja ni memang top level.
Tapi dalam tempoh kegagalan itu, banyak yang aku belajar. Aku dapat merasa bagaimana bekerja 24/7 dan masih tidak dipandang sebagai seorang yang layak untuk memberikan pendapat. Aku dapat merasa bekerja dibawah bos yang tamak dan tidak dapat menerima kesilapan pekerja. Aku pernah ada bos yang pandangan nya terlalu jauh ke langit sampai kaki nya tak berpijak di bumi.
Aku juga berpeluang berjumpa dengan pelbagai ragam manuasia. Aku berkawan dengan orang dari semua tempat dan pangkat. Aku dah tengok macam mana orang yang gagal dan bangun semula menjadi lebih bagus dari orang yang tak pernah gagal. Aku mendapat peluang untuk memperbaiki semula hubungan dengan sahabat lama. Aku telah terlibat dalam krisis dan telah tahu cara menyelesaikannya.
Sebenarnya, dalam kehidupan ni, cuma satu perlu diingat. Sedarlah, kita ini hanya ciptaan. Hanya hamba-Nya. Dunia hanya sementara.
p.s : teringat cite 'Eat, Pray, Love'...misery can always brings out the best in you, if you want to..
No comments:
Post a Comment