Dalam minggu ni, asyik ter'overslept' je..termasuk pagi tadi, 3 kali aku kena naik teksi untuk ke ofis.
Hari isnin, mungkin aku ada alasan, walaupun alasan tu memang bunyi cam weak excuses. Hari ahad aku baru sampai dari kampung. sampai umah aku tidur sampai petang. so malamnya aku tak dapat nak tangkap kapal mimpi yang selalunya mudah je datang.bangun pagi, tengok jam dah pukul 6.00.aku sedar masa jam bunyi, tapi laju je tangan matikan.turun bawah dah pukul 7 lebih.nasib baik teksi banyak.
Semalam, memang agak penat sikit (alasan lagi).malam sebelumnya aku pergi ke tabung haji kelana jaya untuk jumpa mek dan ayah sebelum diorang bertolak ke mekah.gile ramai punya orang kat sana.aku pun dah lama tak hantar orang naik haji.masa kecik-kecik dulu je selalu ikut gi airport.masa kat situ plak, aku kalut semacam sebab risau. so aku telah memenatkan diri sendiri.so pagi semalam dengan sengajanya aku telah matikan alarm dan sambung tidur sampai pukul 6 lagi.
Tapi hari ni???memang betul-betul takde alasan. mungkin aku boleh salahkan piza 6 cheese yang aku lahapkan malam tadi. mungkin jugak aku boleh salahkan hujan lebat dengan ribut yang menderu-deru yang telah membuatkan aku menarik selimut pada pukul 4 pagi tadi.
yang pastinya, bila alarm bunyi pukul 5.30 pagi tadi, aku matikan dengan mata yang agak cerah tapi malas nak bangun. bila alarm kedua bunyi 5 minit kemudian, aku matikan dengan mata yang agak berat.entah bila tertidur balik ntah. sedar-sedar je sakinah dah kejutkan aku dengan nada suara terkejut, "pukul 6.30 dah!".
kalut-kalut la aku siap. bertambah jebon bila tudung tak gosok lagi.bila turun bawah, dah pukul 7.45. teksi yang selalu dok beratur panjang-panjang pun dah takde. terpaksa la tunggu.rasa macam nak ambik el je, tapi bosan la plak dok umah nanti.sampai ofis memang lambat la.punch card merah hari ni.
sampai bila la agaknya aku nak macam ni....
(jeritan pada diri sendiri : bila nak ambik lesen ni!!!!!!!!!!!!!)
hoiiiiiiiiiii bila nak ambik lesennnnnnnnnn
ReplyDelete=P
huhuhu...
ReplyDeletetu la....
hati ni tak tetap keputusan la...dok tangguh jah