Friday, October 29, 2010

Overslept...

Dalam minggu ni, asyik ter'overslept' je..termasuk pagi tadi, 3 kali aku kena naik teksi untuk ke ofis.

Hari isnin, mungkin aku ada alasan, walaupun alasan tu memang bunyi cam weak excuses. Hari ahad aku baru sampai dari kampung. sampai umah aku tidur sampai petang. so malamnya aku tak dapat nak tangkap kapal mimpi yang selalunya mudah je datang.bangun pagi, tengok jam dah pukul 6.00.aku sedar masa jam bunyi, tapi laju je tangan matikan.turun bawah dah pukul 7 lebih.nasib baik teksi banyak.

Semalam, memang agak penat sikit (alasan lagi).malam sebelumnya aku pergi ke tabung haji kelana jaya untuk jumpa mek dan ayah sebelum diorang bertolak ke mekah.gile ramai punya orang kat sana.aku pun dah lama tak hantar orang naik haji.masa kecik-kecik dulu je selalu ikut gi airport.masa kat situ plak, aku kalut semacam sebab risau. so aku telah memenatkan diri sendiri.so pagi semalam dengan sengajanya aku telah matikan alarm dan sambung tidur sampai pukul 6 lagi.

Tapi hari ni???memang betul-betul takde alasan. mungkin aku boleh salahkan piza 6 cheese yang aku lahapkan malam tadi. mungkin jugak aku boleh salahkan hujan lebat dengan ribut yang menderu-deru yang telah membuatkan aku menarik selimut pada pukul 4 pagi tadi.

yang pastinya, bila alarm bunyi pukul 5.30 pagi tadi, aku matikan dengan mata yang agak cerah tapi malas nak bangun. bila alarm kedua bunyi 5 minit kemudian, aku matikan dengan mata yang agak berat.entah bila tertidur balik ntah. sedar-sedar je sakinah dah kejutkan aku dengan nada suara terkejut, "pukul 6.30 dah!".

kalut-kalut la aku siap. bertambah jebon bila tudung tak gosok lagi.bila turun bawah, dah pukul 7.45. teksi yang selalu dok beratur panjang-panjang pun dah takde. terpaksa la tunggu.rasa macam nak ambik el je, tapi bosan la plak dok umah nanti.sampai ofis memang lambat la.punch card merah hari ni.

sampai bila la agaknya aku nak macam ni....

(jeritan pada diri sendiri : bila nak ambik lesen ni!!!!!!!!!!!!!)

Tuesday, October 19, 2010

There's always a reason...

Percayalah...setiap satu perkara yang berlaku itu bersebab..

Itulah qada' dan qadar yang telah ditentukan Allah S.W.T.

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan....aku tau ayat ni sangat cliche...tapi aku memang 1000% setuju dengan ayat ni..

Aku bukan seorang yang bertuah. Bukan seorang yang selalu dapat apa yang aku nak. Tapi aku tau yang aku ni seorang yang degil dan kepala batu.. Dah ramai orang cakap aku macam tu.

Kalau aku nak sesuatu, selagi aku tak jumpa reasons yang tak menghalalkan aku dapatkan benda tu, aku akan usaha jugak untuk dapatkan.Dan bila aku nak sesuatu, selalunya aku akan nak benda tu pada waktu tu jugak. Tak boleh tak. Kalau tak dapat, aku akan rasa sangat frustrated sampai boleh migrain, sebab aku akan cuba track balik every step yang aku dah buat dan pikir kenapa aku gagal.

Tapi, kadang-kadang, bila dipikirkan balik, aku selalu jumpa reasons yang selama ni aku tak nampak. Dan kadang-kadang, aku bersyukur pulak when something doesn't goes my way coz aku boleh nampak yang disebalik setiap sesuatu yang berlaku, memang sangat besar hikmah yang tersembunyi.

It was always in the angles you're looking at. Mungkin hari ni, apa yang aku harap-harap kan, tak kesampaian. Who know's, it was better to know today, than to keep on hoping sampai satu hari nanti aku dah banyak berhabis, tapi akhirnya kecewa?

Better now than late, better late than never..

Yes, it does sounds like an excuse. It really is an excuse. But, if something already happened, and there is nothing you could do to prevent it, which is better? to give yourself an excuse and just go on with life, or to keep on hoping that somehow things will better without doing nothing?

Tak semua yang terjadi itu adalah unfortunate events. Untuk kerja sekarang ni pun, aku bukannya hanya pergi sekali exam, terus dapat. Aku pergi exam 4 kali tau. First exam, lulus, tapi sangkut kat peringkat assessment, which is the second stage. Memang frust sangat masa tu. Aku ni degil, aku cuba lagi kali kedua. Tak pass exam. Aku tak leh terima. Aku pergi lagi exam kali ketiga. Pun tak lulus. Somehow, aku masih lagi yakin yang this is the right job for me. So aku pergi lagi exam for the fourth time. Alhamdulillah, lulus. Assessment pun lulus. Interview pun lepas. Alhamdulillah.

Bila difikirkan kembali, dikenang kembali, aku bersyukur aku telah diberikan peluang untuk gagal. I know myself. Mungkin jika masa aku baru graduate dulu, aku terus dapat kerja ni, aku tak akan tahan dengan bebanan kerja yang sebegini. Dan mungkin jugak aku akan jadi seorang yang berhidung tinggi memandangkan kerja ni memang top level.

Tapi dalam tempoh kegagalan itu, banyak yang aku belajar. Aku dapat merasa bagaimana bekerja 24/7 dan masih tidak dipandang sebagai seorang yang layak untuk memberikan pendapat. Aku dapat merasa bekerja dibawah bos yang tamak dan tidak dapat menerima kesilapan pekerja. Aku pernah ada bos yang pandangan nya terlalu jauh ke langit sampai kaki nya tak berpijak di bumi.

Aku juga berpeluang berjumpa dengan pelbagai ragam manuasia. Aku berkawan dengan orang dari semua tempat dan pangkat. Aku dah tengok macam mana orang yang gagal dan bangun semula menjadi lebih bagus dari orang yang tak pernah gagal. Aku mendapat peluang untuk memperbaiki semula hubungan dengan sahabat lama. Aku telah terlibat dalam krisis dan telah tahu cara menyelesaikannya.

Sebenarnya, dalam kehidupan ni, cuma satu perlu diingat. Sedarlah, kita ini hanya ciptaan. Hanya hamba-Nya. Dunia hanya sementara.

p.s : teringat cite 'Eat, Pray, Love'...misery can always brings out the best in you, if you want to..

Tuesday, October 12, 2010

Mommy and Daddy

Alhamdulillah...

Akhirnya dah dapat tarikh penerbangan untuk mek dan ayah. Ikut yang pegawai tabung haji bagitau masa aku call, mek dan ayah kena lapor diri pada 27hb Oktober di Kelana Jaya, jam 9.30 malam. Bertolak dari KLIA jam 1.30 pagi, 28 Oktober.

Masa hari sabtu hari tu, kalut je mek tepon aku. Ceritanya, ada orang depan umah aku tu (banyak betol orang sekeliling rumah gi haji tahun ni) pun tak dapat surat untuk tarikh penerbangan jugak. Bila anak dia call tabung haji, rupa-rupanya dia kena fly esok harinya. apa lagi, kalut la. Aku tak pasti cite ni betol atau telah di exaggerate kan. Tapi mek panik coz dia takut jadi macam tu jugak. So, aku just bagi tau mek, "Stop la menjahit baju-baju orang tu. Hantar balik kat tuan dia semua. Cakap je tak siap. Esok pagi-pagi gi klinik, ambik ubat siap-siap. Jap lagi orang tepon tabung haji."

Kejam tak ayat aku? hahaha...tapi memang betol pon. mek dok kalut jahit baju orang, tapi barang-barang semua tak kemas lagi.

Nasib baik terus dapat tarikh. Minggu lepas, aku call tabung haji, takde tarikh lagi.

So, maybe next weekend aku balik kampung. Naik kete api lagi lah. Seronok tau. Hehe..

Nasib baik aku tak gi kursus time tu..

sebut pasal kursus, dah nak kul 2 dah ni...jom ikut aku gi kursus kat genting..ada kursus 4 hari kat sana.

Friday, October 1, 2010

Dreaming....

One fine day in the future...not so far away...

This is to be....

My Car...



Uh-ho...
nak sangat kete ni...

I wanna be a billionaire...
so freakin' bad....