Kadang-kadang, aku takut nak tau perkembangan semasa dunia sekarang... Malas rasanya nak baca paper atau dengar berita kat tv... Baca email pun kadang-kadang rasa macam tak nak....
tapi tak boleh la kan...
persoalan yang selalu aku tanya pada diri sendiri...kenapa penghuni muka bumi Allah ni teruk sangat? Bukan kah kita ini khalifah di muka bumi ini? bukankah kita ciptaan-Nya yang terbaik? Kenapa perlu ada perbuatan yang sudah ternyata salah dan menghancurkan, tapi masih dilakukan? Dimanakah letaknya akal fikiran kurniaan Ilahi? Apakah logik otak sudah tidak berfungsi?
Sedih rasanya melihat mereka yang tidak mahu menggunakan kelebihan akal fikiran yang telah diberikan, lalu merendahkan tahap diri sendiri sehingga ke tahap haiwan. Malah ada yang lebih teruk. Haiwan pun kadang-kadang tau aturan hidup mereka. Kita manusia yang berakal ni, kenapa begitu???
Aku tak pernah fikir yang aku ini lebih baik dari orang lain. Aku juga manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan. Banyak dosa yang masih belum tertebus. Namun aku masih boleh berkata, aku hidup dengan menggunakan akal fikiran yang dianugerah Allah.
Sedih rasanya bila anugerah tuhan yang memberikan kita peluang untuk merasa kehidupan di atas muka bumi sebagai manusia dipersiakan.
Malah kadang-kadang aku risau melihat generasi seterusnya yang sedang membesar dan mencai hala tuju mereka. Bagaimana nasib mereka kelak? Adakah mereka akan menjadi insan? Atau terjerumus kedalam golongan yang hancur dan menghancurkan?
It gives me shudders to think what could be....
Aku berdoa supaya aku dapat melindungi dan mendidik, sekurang-kurangnya mereka yang berada disekeliling aku, supaya dapat menjadi insan yang sedar dan menghargai akan anugerah hidup itu sendiri.
Amin...
No comments:
Post a Comment