Saturday, January 22, 2011

My Brother is getting Married!!!

lama tak update blog...honestly...nak kata langsung takde masa nak update blog, tipu la...tapi, bila malas tu, mula la terasa leceh dan semak nak klik banyak banyak kali untuk masuk blogger...

sama la macam bila baca blog orang lain...kadang-kadang, bila bukak dan baca, baca banyak-banyak skaligus..bila nak komen, komen dalam hati je..

tak guna betol kan?

banyak je cerita untuk ditulis...terutama masa ayah dan mek balik mekah.memang banyak isu waktu tu...tapi bila bertangguh banyak kali, dah jadi isu lapok...baik tak payah tulis...

tapi hari ni ada cite best...hehe..

untuk pengetahuan sesiapa yang tak tau (macam la de orang baca blog ni), aku ada 2 orang abang.campur abang sepupu, 3 orang.semuanya masih bujang (terlajak)..abang sulong aku dah umur (2011-1974=) 37 tahun. yang second 31 tahun.abang sepupu aku dah 29 tahun (tak terlajak sangat lagi yang ni)..

masa zaman-zaman remaja dulu, aku selalu pikir, mesti best kalau ada kakak ipar. sebab masa tu, kak zi dah kawen, dan kak la studi kat uni.tapi bila tengok abang-abang aku ni, macam takde harapan je..

jangan salah anggap..abang-abang aku straight, ensem dan boleh dipercayai.cuma masalah komitmen je.makwe tak lekat sorang.ni untuk abang kandung aku la. abang sepupu aku perahsia skit.tapi dia pernah sound aku yang dia 'dah ada yang punya'..

anyway, this morning, sedang bergumbira (?) di hari keluarga jkt di frim diteman aciq (thanks ciq), aku dapat sms dari kak la...

"dah tau ke kita nak dapat kak ipar?nak tau call mek"

my first reaction is '....'.perkataan tu macam tak register kat otak.ulang baca lagi skali, baru dapat reaction 'biar betol!'..terus reply...

"serius?!"

kak la... "serius, jadi tanya mek"

time tu jugak rasa macam nak melompat-lompat..tersengih-sengih sorang je la sambil bisik kat aciq (bisik ke?)

so call mek..

kesimpulan dari perbualan yang tak lah berapa panjang dengan mek, mendapati bahawa bakal kakak ipar sulung ku adalah anak kepada sepupu ayah yang tinggal agak jauh iaitu lebih kurang 4 km dari umah aku (jauh la tu...bukan sekampung).memandangkan aku ni jenis tak kenal sedara, maka ikut cite mek lagi, budak tu datang dengan mak dia masa kenduri kesyukuran sebelum ayah dan mek gi naik haji.tak pasti sama ada saat itu abang aku jatuh cinta at first sight atau mek aku yang jatuh berkenan nak buat menantu, tapi mek dan ayah dah pergi merisik dan pihak perempuan telah bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangan pada akhir februari 2011.

atas permintaan pihak perempuan jugak, akad nikah dan majlis akan diadakan pada 19 mac 2011, insyaALLAH..ini sebab adik kepada bakal kakak ipar aku (excited tiba-tiba bila guna word ni!) pun telah bertunang dan akan buat majlis pada tarikh tu.so baik buat 2 majlis sekaligus.

ikut kata mek dan ayah, setakat ni memang takde masalah dengan tarikh tu. yela, mek suka la dapat menantu baru.tambah pulak bakal kakak ipar aku tu tukang jahit macam dia.suka la tu...

aku doakan supaya jodoh abang har aku ni adalah seorang yang cantik, baik, berbudi bahasa, lemah lembut, sopan santun, pandai masak dan pandai ambik hati orang lain, insyaALLAH (ni adalah list kakak ipar yang ideal, iaitu lawan sifat dengan aku)

hehehehehe...so aku akan dapat kakak ipar la tak lama lagi..jeles tak..kuikuikui..suka wei...dah lama tak de majlis kawen dalam family aku.baby pun cuma ada baby sepupu..anak sedara sume dah sekolah...

hehehe...suke suke suke.......

1 comment:

  1. ni kali kedua aku try nak komen. sebab yg aku komen aritu x lepas sebab berukbeng aku wat hal. kakaka.. so aku tulis balik je la nape aku komen aritu..
    mu mmg obvious gile x sabar nak leh kakak ipar, sengih je manjang aritu hahaha

    ReplyDelete