Sejak hari isnin lepas nightmare ni bermula...
Aku diberitahu yang aku kena jadi Mc untuk majlis perhimpunan jabatan..huhu..Benda first yang pop-up dalam otak aku ~ 'suara aku tak sedap, konfem kena kutuk!'
Seumur hidup aku tak pernah sekalipun aku jadi pengerusi majlis...walau untuk perjumpaan biasa sekali pun..kalau ada meeting yang perlu dipengerusikan pun, aku confirm bantai selamber je..tak reti sangat nak protokol ni...rasa macam tersekat..ye la, kalu setakat dengan orang yang memang kita kenal, tak perlu la protokol sangat..tersekat nafas nanti.janji dapat capai keputusan...
as for formal occasion, aku lebih rela terkinja-kinja atas pentas dari jadi orang yang kena pegang mic..
ikut kan hati, aku nak je cakap tak nak..buat la ngada-ngada sikit..tapi kalu macam tu, nanti sape yang rugi, aku jugak..mana la tau kot-kot satu hari nanti kena jadi mc untuk majlis lagi besar ke..at least de pangalaman jugak kan...
so, sepanjang aku buat skrip pada hari jumaat, aku menuntut ilmu dengan 3 orang master of ceremony yang memang pakar kat jabatan...seriuosly rasa macam nak nangis..memang mata pedih semacam je...
bila aku baca skrip depan budak-budak umah pun, asyik kena komen je..ye la, aku sendiri bleh rasa yang aku ni macam orang baca berita, bukan nya pengacara...memang takde any intonasi yang sesuai...
tapi, alhamdulillah..berbaloi...
perhimpunan dah pun ended tengah hari tadi..basically, memang aku straight baca skrip.aku pun bleh dengar suara aku yang sumbang dan flat tu.tapi aku cuma kena panic attack dalam 3 minit pertama je.pastu aku dah malas nak pikir sangat (walaupun tangan aku terus sejuk sampai ke tengah hari)...
maybe jugak sebab, walaupun aku ada skrip, tapi on the spot aku banyak ubah sebab ada a few perubahan aturcara..so tak la kaku terikat dengan skrip sangat..
maybe jugak sebab banyak penyokong..azy dan cc liza sampai dok kat tempat koir sebab nak temankan aku.budak-budak bahagian pun dok bagi sokongan dari belakang. sama jugak dengan orang-orang lain..so aku tak rasa yang majlis tu kaku dan formal..
lepas habis majlis, aku dapat 3 review...
1st person kata, biasa la first time mc tersasul-sasul (memang banyak kali gak aku terkeluar perkataan yang tak bermaksud)
2nd person kata, "kau ok, ayat dah lancar, cuma nak improve dari segi intonasi je" (betol tu)
3rd person kata, "next majlis tempah la jadi mc" aku terus jawab "TAK NAK!!!!!"
hehehe...ye, aku tau semua orang pon tak kan kutuk depan-depan..tapi, yang penting, aku takde buat kesilapan yang besar yang memalukan diri sendiri and mengganggu majlis..aku dah cukup bersyukur dengan apa yang aku mampu buat.
teringat plak last week. aku memang pikir pasal ni sampai dapat nightmare. dalam nightmare tu, majlis dah start, dan tiba-tiba aku perasan yang skrip tak de kat tangan. memang menakutkan..sampai aku tersedar dengan my heart still racing..
hahahahahaha..finally :)
ReplyDeletealhamdulillah..