Tuesday, March 22, 2011

Selamat Pengantin Baru to my Bro...

Rabu lepas, balik kampung..maklumlah, nak sambut kakak ipar...hehehe...

Sebenarnya, aku tak banyak sangat bertanya pasal majlis ni dengan dengan tuan empunya diri iaitu abang aku yang sulong, encik azhar bin ismail...aku banyak bertanya pasal progress dengan mek atau ana, adik bongsu aku...salah satu sebabnya adalah aku takut lepas aku tanya, aku akan gelak..bagi yang mengenali abe ha aku ni, memang akan gelak skali bila pikir pasal abe ha aku ni nak kawen..sedangkan aku dok bercakap dengan ana pun selalu gelak gelak.

bukan pasal pe, cuma macam tak percaya yang abe ha nak kawen...hehehehe..dia ni jenis pendiam, budak baik-baik gitu..dan perkahwinan ni betul-betul atas dasar pilihan keluarga..lagi kelakar beb..masa majlis kawen baru aku kenal sape kakak ipar aku...





To be honest..aku tak tau pun nama penuh kakak ipar aku ni...yang aku tau nama panggilan dia Nani...aku de gak tengok kad kawen, tapi tak teringat plak nak belek nama..aku tengok design je...jahat giler kan...

To my bro, Azhar bin Ismail, yang telah selamat diakad nikah pada 3 Mac 2011 dan melansungkan majlis perkahwinan pada 19 Mac 2011...kami sekeluarga mendoakan semoga rumah tangga abe ha sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan serta kebahagiaan sehingga ke syurga nanti...amin...

1 comment:

  1. hahahaha..memikirkannya buat sekelian kali pun rasa macam kelakar lagi =P

    ReplyDelete