Sunday, May 12, 2013

updates...bored + excited to go to dpa?

urm...dah lama giler tak update blog ni...

tak update tu bukan sebab apa...tahap kemalasan di bahagian penulisan kreatif tu dah mencapai tahap maksima....dah la kat opis pon keje nya menulis je...

lagi pon...kat opis konfem tak sempat nak belek blog...

kat umah plak, jadual harian penuh dengan k-drama + novel + k-variety show + kpop songs...hahaha...sooo  typical bujang lady...

memandangkan aku masih ada masa 14hari sebagai seorang kakitangan rasmi kpkt yang tak confem...aku rasa ada keperluan untuk aku update blog ni...mana la tau kot-kot masa kat dpa nanti ter'rajin' nak update plak kan...

ok...sesi luahan hati bermula di sini.....

DPA...DIPLOMA PENGURUSAN AWAM....satu kursus yang diwajibkan untuk sah jawatan bagi seorang pegawai ptd dlm malaysia government services...lain tahun, lain cara pelaksanaannya...

for me and my fellow friends, kami akan berkursus di intan selama 6 bulan, starting 26 may 2013 till 6 december 2013. and as for me, aku ditempatkan di intan wilayah selatan in kluang, johor....

masa dapat panggilan kursus ni, seriously happy giler gaban...mestilah..aku dah keje 3 tahun kot dalam government ni...sejak 2010..tapi tak confirm semata-mata sebab tak pergi kursus dpa...nasib baik bukan aku sorang yang macam tu...kat mana silap sistem ni aku pon tak tau....

kursus ni jugak memang aku dan a few of my colleague tunggu..sebab? sebab nak lepas kan diri dari belenggu kerja di ofis. bukan nak kata apa, dah 3 tahun asyik mengadap benda yang sama...macam aku ni, dah muak dengan politik ofis...a few of my friends plak dah terlalu berada dalam comfort zone sampai dah jadi complement giler.

but...

bila hari yang ditunggu semakin dekat, semakin serabut plak jadinya...

ingat kursus DPA ni senang ke? minggu pertama je dah kena pergi group integration which is satu aktiviti luar kampus yang tak tau akan buat kat mana...for the whole first week, semua akan dinilai sama ada layak atau tidak untuk jadi peserta kursus.

bila sebut aktiviti luar ni, aku mula terbayang all the lompatan pt10, push-ups, sit-ups, larian 2.4 kilometer yang lama aku tak buat...mula nampak lemak kat perut...huhu...menakutkan...teringat masa pergi lead camp dulu, kena lompat pt10 200 kali, kena lari keliling 10 kali setiap hari...

aku sekarang ni, baru naik tangga tingkat 5 dah tecungap-cungap berputus asa..last week plak, gi buat medical check, guess how high my cholestrol level is? 5.9 beb...the highest normal point is supposed to be around 5.2...doctor kata, tak padan dengan kecik..

ottoke..ottoke...

but, bak kata kawan-kawan yang dah pergi dpa ni, 'if your physical is not up to standard, it's still okay since your friends can still support you...but if you are not ready mentally, then you are in a big trouble...''

ini lah yang menyerabut kan fikiran sekarang...

mendengar cerita kawan-kawan, aku macam boleh imagine macam mana kehidupan dalam dpa nanti...more or less the same like masa kat sekolah dulu...dok asrama, tak leh kuar... pagi petang, malam ada kelas...tempat basuh baju dan tempat jemur kain hanya di tempat yang disediakan...waktu sukan kena pakai baju sukan yang dah ditetapkan...waktu makan, kena makan coz takde time lain...

aku tau, ni bukan aku sorang yang kena alami...everyone will go through the same situation...tapi...

aku dah umur 28 tahun...aku dah ada rumah sendiri (sewa je.)..duduk plak sorang...kat umah aku, aku bebas nak tergolek terlentang sorang-sorang...basuh dan jemur baju adalah aktiviti peribadi...nak apa-apa pergi je beli kat kedai....

takkan nak balik ke zaman sekolah kot? dah 11 tahu lalu kot!

tu tak termasuk lagi dok pikir pasal nak tinggalkan my beloved family...memang la kluang tu tak jauh...tapi time kursus ni bukannya boleh ambik cuti balik sesuka hati...even emergency pon kena dapat pelepasan...

if anything happens (god forbid!)  and i cannot go home, will my family understands?

nasib baik aku bujang lagi...tak leh imagine orang yang ada anak macam mana....

No comments:

Post a Comment